AIR BAWAH TANAH | Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
LOMBONG BAWAH TANAH | Lombong bawah tanah, aktiviti melombong yang dijalankan di bawah permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
KERETA API BAWAH TANAH | | UMUM | |
ORRISROOT | Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. | UMUM | |
THE BLACK HOLE OF CALCUTTA | Bilik (penjara) kurungan bawah tanah yang tereletak di fort William, milik Syarikat Hindia Timur British di Calcutta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TEROWONG | Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong digali menembusi bukit dan gunung dan juga di bawah bandar serta jalan air. Terowong menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan landasan kereta api merentangi halangan semula jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam perlombongan untuk sampai ke tempat bahan galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi. Terowong juga digunakan untuk membekalkan jumlah air yang banyak untuk loji kuasa hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga terowong digunakan untuk mengangkut sisa sistem pembetungan. | UMUM | |
TANAH BENAM | Lekukan / lubang berbentuk bulat di permukaan bumi terbentuk akibat runtuhnya gegua di bawah tanah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TARO | Taro ialah tumbuhan tropika yang dijadikan makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan terdiri daripada satu atau lebih batang bawah tanah yang besar dan berkanji. Tumbuhan ini ditanam di banyak kawasan tropika yang basah termasuk Hawaii, Kepulauan Caribbean, dan Afrika Barat. Beberapa jenis tumbuhan ini yang berbeza ditanam. Dikenali sebagai taro di kawasan Pasifik, ia dikenali sebagai eddo atau dasheen di Kepulauan Caribbean, dan cocoyam di Afrika Barat. Taro berkaitan rapat dengan tumbuhan hiasan yang dikenali sebagai telinga gajah dan caladium . Pengelasan saintifik. Taro tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Colocasia esculenta . Lihat juga Telinga gajah. | UMUM | |
TASIK MANAPOURI | Tasik Manapouri ialah salah sebuah tasik yang paling cantik di Pulau Selatan, New Zealand. Tasik tersebut juga menjadi tapak stesen kuasa hidroelektrik bawah tanah yang besar. Manapouri ialah perkataan Maori yang bermakna tasik hati yang berduka . Panjangnya 19 kilometer di bahagian yang terpanjang dan lebarnya 10 kilometer di bahagian yang terlebar dan dalamnya 433 meter. Tasik ini dipenuhi pulau-pulau. Kawasan di sekitarnya merupakan tempat peranginan yang popular. | UMUM | |
SENGKUANG CINA | Sengkuang cina ialah nama biasa bagi dua jenis tumbuhan air yang sangat berbeza. Sengkuang cina ialah tumbuhan bak rumput yang ditanam untuk umbisinya (batang bawah tanah) yang boleh dimakan. Satu lagi jenis sengkuang cina ialah tumbuhan air yang berdaun dan terapung. Ia juga dinamakan kaltrop air . | UMUM | |