Miranda, Francisco de (1750–1818) ialah patriot Venezuela yang bertempur dalam Revolusi Amerika, Perancis, dan Sepanyol-Amerika. Dia mengetuai pengisytiharan kemerdekaan Venezuela daripada Sepanyol pada tahun 1811. (Lihat Venezuela [Perjuangan untuk menuntut kemerdekaan]). Dia gagal menjadi diktator dan menyerahkan kuasanya kepada Royalist. Simón Bolívar dan bekas orang bawahannya menyerahkan Miranda kepada kerajaan Sepanyol (lihat Bolívar, Simón). Miranda meninggal dunia di dalam kurungan bawah tanah di Sepanyol. Dia lahir di Caracas. |