POKOK BAY | Pokok bay juga dikenali sebagai bay, bay laurel atau sweet bay dalam bahasa Inggeris, ialah pokok renek atau pokok malar hijau dari kawasan Mediterranean. | UMUM | |
HUDSON’S BAY COMPANY | | UMUM | |
RICHARDS BAY | Richards Bay (pend. 23 328) ialah sebuah bandar pelabuhan di Kwazulu-Natal pantai timur laut Afrika. Sepanjang tahun 1980-an, jumlah penduduknya lebih daripada dua kali ganda berbanding jumlah banci pada tahun 1980. Untuk lokasi lihat Afrika Selatan (peta politik). | UMUM | |
BOTANY BAY | Botany Bay, tempat pendaratan orang Eropah yang pertama di pantai timur Australia, ialah sebuah serokan kira-kira 10 kilometer ke selatan Sydney. | UMUM | |
SHILLING POKOK PAIN | Shilling pokok pain ialah duit syiling perak yang ditempa oleh penjajah Amerika di Boston, dalam Tanah Jajahan Massachusetts Bay, dari Shilling pokok pain ialah duit syiling perak yang ditempa oleh penjajah Amerika di Boston, dalam Tanah Jajahan Massachusetts Bay, dari shilling pokok pain. | UMUM | |
TELUK BOTANY | Teluk Botany lihat Botany Bay . | UMUM | |
DAMPIER | Dampier (pend. 2201) ialah sebuah pelabuhan laut dalam dan perbandaran di King Bay (Teluk King) di sebelah pantai barat laut Autralia Barat. Pelabuhan ini dibina oleh Hamersely Iron Pty. Ltd. sebagai jalan keluar utama bagi bijih besi yang diperoleh dari Mount Tom Price dan Paraburdoo. | UMUM | |
RUSSELL | Russell (pend. 1500), yang terletak di Bay of Islands (Teluk Kepulauan) di Pulau Utara, New Zealand, ialah penempatan Eropah yang tertua di New Zealand. | UMUM | Umum |
THOMPSON, DAVID | Thompson, David (1770–1857) ialah ahli geografi dan penjelajah Kanada yang menjelajah Sungai Columbia dari puncanya di Kanada sehingga muaranya di Amerika Syarikat. Dia menjelajah kawasan yang luas di Kanada dan mengukur punca paling utara Sungai Mississippi di Amerika Syarikat. Dari tahun 1816 hingga tahun 1826, dia menjadi juruukur sempadan Amerika Syarikat-Kanada. Thompson lahir di Westminster, London, England dan mendapat latihan di Hudson Bay Company ketika berusia 14 tahun. Thompson bekerja di North West Company dari tahun 1797 hingga tahun 1812. | UMUM | |