BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
HIKAYAT BAYAN BUDIMAN | | SASTERA | Karya |
BONIFACIO, ANDRES | Bapa Kataataasan Kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipunan), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL AZIZ ABBAS | ABDUL AZIZ ABBAS (1941- ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. | SASTERA | Konsep |
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN | Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957), ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan, maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah. | UMUM | |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ARSALAN, SYAKIB | Arsalan, Syakib (1286 H.–1366 H./1869 M.–1946 M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis, pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat, Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al- Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari pengarang <i> al-Mujam al-Laghawi al-Bustan i> , Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang terkenal dalam ilmu <i> al-Bayan i> hingga digelar Amir al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran al-Sina‘atayn. | UMUM | |
KATIPUNAN | KATIPUNAN, pertubuhan bercorak militan dan radikal yang menuntut pembaharuan dan kemerdekaan Filipina dari Sepanyol. Nama penuh pertubuhan ini ialah Kataastaasan Kagalang-galang na Katipunan ng mga Anak ng Bayan (Highest and Most Respectable Society of the Sons of the Country). Katipunan ditubuhkan pada 7 Julai 1892 di sebuah rumah milik Deodato Arellano di Jalan Azcaraga, Tondo, Manila. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MOHD. DESA PACHI, DATO' | MOHD. DESA PACHI, Dato’ (1934- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif PNB pertama (1978). Dia lahir pada 28 April 1934 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mohd. Desa memulakan pendidikan rendahnya di sekolah Melayu pada tahun 1941. Pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua. Selepas perang, dia menyambung pelajarannya selama lebih kurang setahun. Dia kemudian belajar di Francis Light School , Pulau Pinang dari tahun 1947 hingga tahun 1949. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, dia menerima pendidikan menengah di Penang Free School dan mencipta sejarah apabila dia adalah satu-satunya pelajar Melayu yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu bagi seluruh Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KITAB AL-HAYAWAN | Kitab al-Hayawan ialah salah satu daripada kitab induk sastera, pengetahuan dan kebudayaan umum. Ia ditulis oleh Abu Uthman, Amr ibn Bahr ibn Mahbub, al-Jahiz (255 H/868 M). Al-Jahiz ialah seorang tokoh ulung dalam seni penulisan dan mencapai tahap kemuncak ketinggian ilmu bayan dalam bahasa Arab. Dia meninggalkan lebih kurang 350 kitab dan risalah. | UMUM | |