Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang] | بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;berbayang, berbayang-bayang 1. kelihatan spt bayang-bayang: tampak ia berjalan ~ di dlm kabut; 2. tampak dlm fikiran dll: ~ dlm ingatannya apa yg akan terjadi kalau ia pergi;membayang menyebabkan adanya bayang-bayang, spt bayang-bayang: ia menjaga supaya penanggungan batinnya tidak ~ keluar;membayangi, membayang-bayangi mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;membayangkan, membayang-bayangkan 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku;terbayang, terbayang-bayang 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;terbayangkan dapat dibayangkan (dlm fikiran);bayangan 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll);pembayangan perihal membayang(-bayang)-kan;pembayang sesuatu yg memberi bayangan tentang sesuatu yg lain, sesuatu yg membayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang] | بايڠ

Definisi : , = bayang-bayang 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1 dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2 dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1 menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu ~ bahagian belakang rumah kami. 2 ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. membayangkan 1 menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2 menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1 seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2 kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
GERHANA BULAN

Gerhana bulan, fenomena yang berlaku apabila bulan memasuki bayang bumi pada fasa bulan penuh.

FIZIKPeristiwa
NARCISSUS

Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang

pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai

wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh

menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo.

Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa-

dewa menghukum Narcissus supaya merenung

ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam

kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari

dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan

kasih pada bayangannya sehingga dia semakin

kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar

untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai

sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus.

Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap

Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara

di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat

dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita

dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid.

UMUM 
GILA

GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan.

BUDAYAPenyakit

Kembali ke atas