KUANG BAYAS | Kuang bayas ialah nama beberapa spesies burung bersaiz sederhana hingga besar yang berkaitan rapat dengan ayam bela jinak. Kebanyakan kuang bayas ialah burung asas di Asia Tenggara, China, Jepun atau Asia Tengah. Bagaimanapun, sesetengah spesies telah dibawa ke banyak bahagian lain di dunia, tempat ia dibiakkan dan dilepaskan untuk diburu. Manusia memburu kuang bayas sebagai satu kegiatan dan untuk dagingnya yang sedap. Kuang bayas juga diburu kerana bulunya yang menarik. | UMUM | |
TUK SYEKH BUKIT BAYAS | TUK SYEKH BUKIT BAYAS ( ? -1864), ulama. Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim. Dia juga dikenal dengan panggilan Syekh Abdul Kadir Bukit Bayas. Tuk Syekh Bukit Bayas berasal dari Patani. Dia berhijrah ke Terengganu bersama-sama rombongan Tuk Syekh Qadhi yang mengundurkan diri dari Patani berikutan serangan Siam yang menakluki kerajaan Islam Patani pada tahun 1832. Tuk Syekh Bukit Bayas adalah saudara Tuk Syekh Qadhi. Dia juga adalah keturunan daripada Faqih Ali Malbari, putera Raja Bugis yang mengembara menuntut ilmu sampai ke Malabar, India. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PIRU | Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas. Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau casque menutupi bahagian atas kepalanya. | UMUM | |
PUYUH | Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse, ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup di padang rumput, belukar dan kawasan paya di setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak 45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya diburu untuk dimakan. | UMUM | |
ANJING POINTER | Anjing pointer ialah anjing yang digunakan untuk memburu kuang bayas dan burung buruan. Anjing ini dinamakan pointer kerana ia berhenti sekaku patung apabila tercium bau burung dan kemudian menghala dengan menghadap ke arah burung itu, biasanya sebelah kaki depannya terangkat dan ekornya tertegak dengan kaku | UMUM | |
AYAM BELANDA | Ayam belanda ialah nama dua spesies burung Amerika Syarikat yang ada kaitan dengan ayam, merak, dan kuang bayas. Orang Asli Amerika menternak ayam belanda sebagai sumber makanan sejak tahun 1000 M. | UMUM | |