KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI | Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. | UMUM | |
DIET BAYI | Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi. | PEMAKANAN | Kaedah |
TAUSSIG, HELEN BROOKE | Taussig, Helen Brooke (1898–1986) ialah doktor Amerika yang pakar dalam bidang penyakit jantung kanak-kanak. Dia menjumpai kecacatan besar yang menyebabkan warna biru pada kulit bayi biru (lihat Bayi biru ). | UMUM | |
TALI PUSAT | Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang menghubungkan janin (bayi yang belum dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri membawa darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa darah yang mengandungi oksigen dan bahan makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen bayi, dengan berhati-hati. | UMUM | |
KELAHIRAN BERGANDA | Kelahiran berganda ialah kelahiran lebih daripada seorang bayi daripada kehamilan yang sama. Kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan kembar lima adalah kesemuanya contoh kelahiran berganda. Kebanyakan haiwan melahirkan lebih dari satu anak pada satu masa. Manusia biasanya melahirkan hanya seorang bayi pada satu masa. Rencana ini membincangkan kelahiran berganda pada manusia. | UMUM | |
KES CHAMBERLAIN | Kes Chamberlain yang melibatkan kehilangan seorang bayi perempuan Australia berumur sembilan minggu pada tahun 1980-an, telah menarik perhatian seluruh dunia. Pada 17 Ogos 1980, Azaria Chamberlain, anak perempuan Alice Lynne (Lindy) Chamberlain dan suaminya, Michael, seorang Pastor Gereja The Seventh Day Adventist, telah hilang dari sebuah khemah di Ayers Rock, Australia. Dalam satu inkues pada bulan Februari 1981, koroner memutuskan bahawa bayi itu, yang tidak pernah dijumpai, telah mati apabila diterkam dan dibawa lari oleh seekor dingo liar. | UMUM | |
PLASENTA | Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang terbentuk apabila seseorang wanita itu mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan serta menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga menghasilkan hormon yang menyelaras kandungan dan menolong mengawal perkembangan bayi. | UMUM | |
AKIKAH | Akikah, ibadat penyembelihan haiwan tertentu sempena menyambut kelahiran bayi. Akikah adalah perkataan Arab yang bermaksud rambut bayi yang baru lahir. | AGAMA | Perayaan/Upacara |