PERMAINAN GULI | Permainan guli ialah permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan di atas permukaan yang rata di luar rumah. Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi. Para pemain menyasarkan guli-guli dengan mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas tanah semasa menyasar. | UMUM | |
MATAHARI | Matahari ialah sebuah bebola gas yang besar dan bersinar di tengah-tengah sistem suria. Bumi dan lapan lagi planet yang lain beredar mengelilingnya. | UMUM | |
SUMPITAN | Sumpitan ialah pembuluh di mana damak beracun atau bebola tanah liat ditiupkan melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat dengan membuat lubang dalam galah kayu. Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2 meter panjang, dan dipasang muncung dan alat untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus untuk menyumpit burung dan monyet di hutan tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan. | UMUM | |
SERPIHAN PELURU | Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan (kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel (1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi sejumlah bebola dan serbuk peletup yang memecahkan kelongsong peluru. Tentera British menggunakan peluru pertama jenis ini di Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I (1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939– 1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada serpihan keluli pembalut kelongsong peluru meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga Meriam; Peluru. | UMUM | |
MELONTAR PELURU | Melontar peluru, acara padang yang menggunakan bebola besi dikenali sebagai peluru yang dilontar sejauh yang boleh ke kawasan mendarat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MENARA PELURU | Menara peluru ialah struktur yang digunakan untuk membuat peluru bagi senjata api. Pada masa dahulu, menara peluru ialah menara kayu atau batu yang berukuran antara 15 meter hingga 30 meter tinggi. Plumbum cair dicurahkan melalui suatu bekas yang mempunyai lubang di bahagian atas menara. Setiap ketulan kecil plumbum yang jatuh, membentuk sebuah bebola yang bulat. Ia menyejuk dalam bentuk ini apabila jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk. Pada hari ini, kebanyakan peluru dibuat dalam menara yang berukuran sehingga 58 meter tinggi. | UMUM | |
PINGGUL | Pinggul ialah bahagian badan di antara badan dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi bebola dan rongga yang memberikan kekuatan dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar, bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan rektus femoris yang panjang bak pengikat di depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan kaki untuk berjalan dan berlari. | UMUM | |