GESANG MARTOHARTONO | GESANG MARTOHARTONO (1917-1994), seniman Indonesia dan penggubah lagu Begawan Solo. Dia lahir pada 1 Oktober 1917 di Sala, Jawa Tengah, Indonesia. | BUDAYA | Tokoh |
PEHIN JAMIL, PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO' SERI UTAMA | PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921- ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam. Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DIALEK MELAYU BRUNEI | DIALEK MELAYU BRUNEI, dialek Melayu yang digunakan oleh penutur yang mungkin tidak melebihi 180 000 orang, meskipun dialek itu dituturkan sebagai bahasa pertama di Negara Brunei Darussalam dan di beberapa daerah Malaysia berhampiran, yakni di Sarawak, Sabah dan Labuan. Dialek itu terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga subdialek, yakni varian Bandar Seri Begawan, varian Kampung Ayer dan varian Kedayan. | BAHASA | Bahasa |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen : Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH | Kapsyen : Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946- ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |