Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SESSHU

Sesshu (1419–1506), sami Buddha, yang

merupakan pelukis landskap Jepun yang paling

masyhur dalam tradisi lukisan dakwat Cina.

Gaya lukisannya mudah dikenali melalui gubahan

yang begitu menonjol, lukisan yang begitu

berpengaruh dengan mengetepikan unsur

permodelan yang halus. Mahakaryanya ialah

satu gulungan panjang lukisan yang

menggambarkan pemandangan sungai di China.

Sesshu mempelajari seni lukis dengan

mengkaji karya pakar lukisan dakwat Cina

tahun 1200-an.

UMUM 
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM 
MENGGOLEK BALAK

Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an

di kem balak di Kanada dan di utara Amerika

Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir

“menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu

dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka

mengadakan pertandingan untuk mendapatkan

pada setiap bahagian hujung kayu balak yang

terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan

begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau

mengundurkan pergerakannya dengan cepat

sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air.

UMUM 
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM 
SUCRE

Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia.

Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali

pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang

menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan

tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran

Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728

meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta).

UMUM 
ZARAHJirim terkecil yang boleh dipisahkan daripada jirim pukal. Sebagai contoh, habuk kayu ialah zarah kayu. Begitu juga dengan debu, iaitu zarah tanah liat atau pasir. Saiz zarah ditentukan dengan skrin Tyler. ....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
SESSIONS, ROGER

Sessions, Roger (1896–1985) ialah penggubah

dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat,

serius dan intelektual. Sessions menulis

dalam teknik 12 – nada moden, tetapi dia percaya

bahawa seseorang penggubah tidak harus

terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja.

Sessions mengarang muzik untuk orkestra,

kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ

dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera.

Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra

The Black Maskers (1923). Sessions pernah

memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik

pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for

Orchestra (1981).

UMUM 
THOMAS, DYLAN

Thomas, Dylan (1914–1953) ialah penyair

Wales yang menulis sebahagian daripada puisi

yang begitu menyentuh hati dan penuh berahi

dalam kesusasteraan moden. Sejak penerbitan

buku pertamanya, Eighteen Poems (1934), para

pengkritik mengiktirafnya sebagai penyair tulen

dan pintar.

UMUM 
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
ALDRIDGE, IRA

Aldridge, Ira (1807?–1867), pelakon kulit hitam

Amerika yang pertama mendapat pengiktirafan

dunia Barat. Aldridge begitu dikenali kerana

peranannya sebagai watak tragedi dalam karya

William Shakespeare, terutamanya sebagai

Othello.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas