Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINSK

Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus.

Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat

Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah

persekutuan negara-negara yang dahulunya

dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet.

Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk

lokasinya, lihat Belarus (peta).

UMUM 
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen1">          :1">           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MALEK NOOR

Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir

pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor.

Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat

badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis

ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara

dalam sukan bina badan.

UMUM 
FAJAR ASIAFAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Panji IslamI> yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944.SASTERAPenerbitan
MUSA AHMAD

MUSA AHMAD  (1921-1995), nasionalis, bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) dan salah seorang pemimpin Rejimen ke-10. Dia lahir di Pengkalan Baru, Ipoh, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di kampungnya, pendidikan agama di Sekolah al-Mashor, Pulau Pinang (1934-1941) dan Sekolah Lanjutan Anglo-Chinese, Perak.1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CINA BUTA

CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga.

1">       

 

BUDAYAKonsep
CERITA ASAL USUL

CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.

1">           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas