MACE | Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang digunakan oleh Smith & Wesson Chemical Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat- syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal dengan tangan. | UMUM | |
KIPAS | Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada daun palma. Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas digunakan juga untuk mengibas lalat daripada bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M. | UMUM | |
BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN DAGANG LUAR | KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain. | BUDAYA | Kraf Tangan |