PUSAT MEMBELI-BELAH | Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai jualan runcit dan pejabat perniagaan dan profesional yang dibina dan diuruskan sebagai satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai kawasan membeli-belah (mall) . | UMUM | |
BATU BELAH BATU BERTANGKUP | BATU BELAH BATU BERTANGKUP, cerita rakyat Melayu. | SASTERA | Konsep |
AKORDION | Akordian ialah alat muzik jenis lelidah, yang disangkut talinya pada kedua-dua belah bahu pemain. Pemain menegang dan mengempis kuak ( belos ) . Setiap pergerakan memaksa udara melalui lelidah yang diperbuat daripada logam, membuatkan ia bergetar dan menghasilkan bunyi. | UMUM | |
ZIP | Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk yang boleh padan dengan elok antara satu dengan lain. | UMUM | |
PISTOL | Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau penopang tembakan. | UMUM | |
ASTIGMATISME | Astigmatisme ialah suatu kecacatan visual. Kecacatan ini menyebabkan benda yang dekat serta benda yang jauh kelihatan kabur. Kecacatan ini biasanya terdapat pada kedua-dua belah mata. Dalam kebanyakan hal, astigmatisme disebabkan lengkungan kornea , iaitu bahagian lut sinar mata, yang tidak normal. | UMUM | |
DAMASK | Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh, berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China. Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke Eropah melalui Damascus, Syria. | UMUM | |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
SUBBANDAR | Subbandar ialah daerah di luar kawasan bandar raya atau bandar. Banyak subbandar menjadi kawasan kediaman yang kebanyakannya didiami penduduk yang berulang-alik untuk bekerja di bahagian pusat bandar. Sesetengah subbandar merupakan kawasan perindustrian dan mengandungi kilang, pejabat, dan pusat membeli-belah yang besar. | UMUM | |
SHEPPARTON | Shepparton (pend. 31 171ialah bandar di Victoria, Australia. Shepparton terletak di Sungai Goulburn, kira-kira 180 kilometer ke utara Melbourne. Shepparton ialah bandar utama di Lembah Goulburn yang subur dan pusat Skim Pengairan Lembah Goulburn. Shepparton mempunyai beberapa buah industri, sebuah pusat membeli-belah yang sangat baik, dan pelbagai kemudahan sukan dan kebudayaan, termasuk sebuah pusat sivik dan galeri seni Shepparton pada asalnya dikenali sebagai McGuire’s Punt. Pada tahun 1853, bandar ini telah dinamakan semula sebagai Shepparton sempena nama perintisnya Sherbourne Sheppard, yang menetap di daerah itu pada tahun 1843. Ia telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1949. | UMUM | |