SLOTH TANAH | Sloth tanah ialah haiwan besar, yang telah pupus dalam famili sloth. Sloth tanah yang terbesar kira-kira enam meter panjangnya dan sebesar gajah. Tulangnya besar, kaki belakangnya berat dan ekornya kuat. Ini membayangkan bahawa sloth tanah tentunya boleh berdiri dengan kaki belakangnya untuk mencapai dahan dan daun yang tinggi. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan. Tidak seperti sloth kini, sloth tanah tidak memanjat pokok. | UMUM | |
KUPU-KUPU RUMPUN | Kupu-kupu rumpun membentuk famili yang beluncasnya mempunyai jambak bulu di sepanjang belakangnya. Jambak bulu ini sering berwarna cerah. Beluncas juga mungkin mempunyai jalur-jalur yang jelas di belakangnya. | UMUM | |
TIKUS KANGGARU | Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat seperti kanggaru dengan menggunakan kaki belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan yang pendek, kepala dan mata yang besar. Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. | UMUM | |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |
YELLOWTHROAT | Yellowthroat ialah burung siul hutan yang hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di kawasan berumput basah dan rawang, di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna hijau buah zaitun dan lehernya berwarna kuning-jingga terang. | UMUM | |
POLLOCK | Pollock ialah makanan ikan yang berkaitan dengan ikan kod. Ia terdapat di perairan pantai yang berbatu di Lautan Atlantik Utara . Pollock membesar sehingga antara 60 sentimeter hingga105 sentimeter panjang. Bahagian belakangnya berwarna perang-kehijauan, bawahnya pula berwarna cerah, dan ia mempunyai rahang bawah yang memanjang keluar. | UMUM | |
KILT | Kilt ialah pakaian tradisional orang lelaki di Tanah Tinggi Scotland dan Ireland. Pakaian ini berupa skirt labuh separas lutut, berlisu di belakangnya dan rata di sebelah hadapan. | UMUM | |
AMPHIOXUS | Amphioxus juga dinamakan lanselet ialah haiwan laut yang kecil yang hidup di dalam air cetek. Ia merupakan hubungan antara vertebrat dengan invertebrat. Amphioxus tidak mempunyai otak yang jelas, tetapi mempunyai kord saraf yang terdapat di sepanjang belakangnya yang seperti saraf tunjang haiwan yang mempunyai tulang belakang. | UMUM | |
TENUK | Tenuk berkaitan rapat dengan kuda dan badak sumbu, walaupun ia kelihatan seperti babi. Tenuk mempunyai badan yang pendek, berat dan leher yang tebal. Hidungnya terjulur membentuk belalai yang pendek, boleh digerakkan. Kaki depannya mempunyai empat jari kaki, manakala kaki belakangnya mempunyai tiga jari kaki. Ekornya pendek. Tenuk adalah haiwan yang sentiasa berwaspada. Ia hidup di tengah hutan dan berhampiran dengan air kerana ia suka berenang. Tenuk memakan ranting, daun pokok, dan pokok renek, buah, dan sayur-sayuran. | UMUM | |
KATAK KUAK | Katak kuak ialah spesies katak yang paling besar yang terdapat di Amerika Syarikat. Ia berasal dari timur Amerika Syarikat, tetapi ia juga telah diperkenalkan ke negara-negara lain. Katak kuak membesar kira-kira 20 sentimeter panjangnya, tidak termasuk kaki belakangnya, yang mungkin membesar 25 sentimeter panjangnya. | UMUM | |