Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.lai] | بلالاي

Definisi : hidung yg panjang pd gajah dll: ~ tenuk; ~ kupu-kupu; ~ gajah; mati gajah tiada dapat ~nya, mati harimau tiada dapat belangnya prb orang dagang itu tiada sama haknya dgn anak negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lai] | بلالاي

Definisi : ; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, kuku lang, Uncaria sclerophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lai] | بلالاي

Definisi : hidung yg panjang spt yg terdapat pd gajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalai

Peribahasa

Seperti gajah rompong belalai.

Bermaksud :

Raja yang kehilangan kekuasaannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENUK

Tenuk berkaitan rapat dengan kuda dan badak

sumbu, walaupun ia kelihatan seperti babi. Tenuk

mempunyai badan yang pendek, berat dan leher

yang tebal. Hidungnya terjulur membentuk belalai

yang pendek, boleh digerakkan. Kaki depannya

mempunyai empat jari kaki, manakala kaki

belakangnya mempunyai tiga jari kaki. Ekornya

pendek. Tenuk adalah haiwan yang sentiasa

berwaspada. Ia hidup di tengah hutan dan

berhampiran dengan air kerana ia suka berenang.

Tenuk memakan ranting, daun pokok, dan pokok

renek, buah, dan sayur-sayuran.

UMUM 
KISAR

KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas