PAK BELALANG | PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka. | SASTERA | Karya |
SERANGGA | Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam. Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas, kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung, nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik, belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada akhirnya. | UMUM | |
SHRIKE | Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama seperti penyembelih menggantung daging. Burung ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama biasanya, iaitu <i>burung penyembelih.i> | UMUM | |
KATYDID | Katydid ialah serangga besar hijau atau berwarna perang yang mempunyai <I>sesungut I>yang panjang. Ia adalah sejenis belalang bertanduk panjang. | UMUM | |
ANAI-ANAI | Anai-anai ialah nama biasa bagi kumpulan serangga yang hidup dalam komuniti seperti semut. Ia telah lama dikenali sebagai semut putih. Nama ini tidak betul kerana anai-anai hanya sama dengan semut dari segi tabiat hidup bersama dan saiznya yang kecil. Sebenarnya, anai-anai lebih rapat berkaitan dengan lipas dan belalang. Bahagian-bahagian mulut, sesungut, pinggang yang besar, sayap primitif dan ciri-ciri lainnya sama seperti yang ada pada lipas. Semut mempunyai pinggang yang kecil dan sesungut bersiku. | UMUM | |