Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat drpd tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat); ~ batang belantik yg dibuat drpd buluh yg dilubangkan di samping; ~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yg menjerat kaki binatang; ~ pangkung belantik yg menyebabkan binatang kena pukul di kepala; ~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; ~ pesawat belantik yg menyebabkan binatang kena peluru senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belantik I

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JUBANG

JUBANG, cerita lipur lara Melayu.  Cerita ini  tersebar dan terkenal di negeri Kedah.  Antara penglipur lara yang pernah menuturkan  cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah.  Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’.  Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas