Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hiba, turut bersedih, kasihan: mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu; ~ kasihan belas dan kasihan;berbelas = ~ hati; berasa belas hati; ~ kasihan berasa belas dan kasihan: barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas: banyak cerita yg ~;pembelas (orang yg) mudah atau selalu berbelas hati: Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yg ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata pelengkap utk menyebut bilangan antara 11 hingga 19; se~ sepuluh dan satu; dua ~ sepuluh dan dua;belasan bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun;berbelasan, berbelas-belas dlm jumlah antara 11 hingga 19: dlm suratnya ~ tahun yg telah lalu, disebutnya perkara ini;kesebelasan pasukan bola sepak dll (yg terdiri drpd 11 orang): pertandingan antara pasukan Polis dgn ~ Pulau Pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati yg hiba atau sedih melihat orang lain menderita dsb: Kita hendaklah sentiasa menaruh ~ dan menolong orang-orang miskin. ~ kasihan rasa belas dan kasihan. berbelas, = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. membelaskan, = ~ hati menyebabkan atau mendatangkan rasa belas: Cerita serta pengalamannya yg pahit itu sungguh-sungguh ~ hati. pembelas (orang yg) mudah berasa belas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pelengkap sebutan utk bilangan antara 11 dgn 19. berbelas-belas jumlahnya tidak tentu tetapi antara 11 dgn 19: ~ buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. belasan bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. sebelas (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. kesebelas peringkat atau tingkat yg nombor sebelas. kesebelasan pasukan yg terdiri drpd sebelas orang, spt pasukan bola sepak: Dlm pertandingan itu, ~ Brazil berjaya menjadi johan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS

Pertempuran Muktamad Lima Belas

merupakan pertempuran yang mempunyai kesan

dan makna yang hebat sehingga ia mengubah

sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya

dikenali sebagai pertempuran muktamad atau

penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang

ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga

tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian

telah berlaku.

UMUM 
SYIAH IMAM DUA BELAS

Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa

Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna ‘Ashariyyah

ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa

terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari

dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus

untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan

mereka juga lebih berhak untuk menjadi

pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah

mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta

dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan

pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab

mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli

Sunnah.

UMUM 
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LEMBAGA DUA BELAS

LEMBAGA DUA BELAS, Jawatankuasa Kerja Perlembagaan untuk membentuk perlembagaan baharu bagi menggantikan Malayan Union. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1907–1979)

ialah sultan negeri Terengganu yang kelima belas.

Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang

ke-15 pada 6 Jun 1949 di Istana Maziah, Kuala

Terengganu. Baginda dilantik menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pada 21

September 1960 dan kemudiannya menjadi Yang

di-Pertuan Agong yang keempat pada 21

September 1965 hingga 21 September 1970.

UMUM 
AUNS

Auns ialah unit untuk menyukat berat dan jumlah.

Dalam sukatan berat avoirdupois , auns adalah

bersamaan dengan satu per enam belas paun, atau

437 grain (28.3495 gram).

UMUM 
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
PUTERA SHOTOKU

Putera Shotoku , (573–621) ialah negarawan

Jepun dan sarjana agama. Pada tahun 604, baginda

memperkenalkan undang-undang bertulis Jepun

yang pertama dikenali iaitu Perlembagaan Artikel

Tujuh Belas.

UMUM 
ZAYNAB BINT KHUZAYMAH

Zaynab bint Khuzaymah (26 SH – 4 H/597–

626 M), isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya

ialah Zaynab bint Khuzaymah ibn al-Harith

al-Hilaliyyah. Dia pernah digelar “Ummul Masakin”

kerana sifat belas kasihannya yang sangat

mendalam terhadap golongan miskin.

UMUM 
MAHAVIRA

Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama

Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya

percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada

jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan

sikap tidak berkeras dan mendesak para

pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada

semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya

haiwan tidak dibunuh untuk makanan.

UMUM 
12

Kembali ke atas