Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj alat yg matanya lebih kecil drpd mata kapak dan melintang letaknya (umumnya digunakan utk menarah atau utk menebang kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliung

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BELIUNGBELIUNG, sejenis alat batu yang mencirikan kebudayaan Neolitik. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TAUFAN AIR

Taufan air ialah sejenis puting beliung yang

berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan

air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah

terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal,

hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu

gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di

bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini

menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera

memeluwap dalam gumpalan itu dan air di

permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan

itu.

UMUM 
PISAU TEMBELINGPISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
SENJATA TRADISIONAL

SENJATA TRADISIONAL, alat yang digunakan oleh orang Melayu untuk melindungi diri daripada ancaman musuh dan juga membantu kerja-kerja seharian.  Senjata Melayu boleh diklasifikasikan kepada beberapa pecahan jenis tertentu seperti senjata menikam, senjata yang digunakan oleh Orang Asli dan kaum peribumi seperti panah, tombak buluh, sumpitan, tugal dan beliung. Alat-alat ini amat berguna dalam kehidupan seharian.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas