Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas
profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari
ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea
menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila
Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada
waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa
makna menjaga orang sakit, mengambil berat
terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi
wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence
dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi
kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya
mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital.
PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata. Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang. Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut. Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya. Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana.
Thanks for clicking. That felt good.