Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. |