[be.lut] | بلوت
Definisi : sj ikan yg panjang (spt ular) dan licin (hidup dlm lumpur), Monopterus albus; ~ laut belin, Echidna spp.; ~ kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu; bagai ~ digetir (diketil) ekor prb cepat sekali; bagai menyukat ~ hidup prb pekerjaan yg sia-sia; bagai ~ diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang); licin bagai ~ prb tiada mudah ditipu (cerdik); spt ~ pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;berbelut Mn menangkap belut; bagai si kudung pergi ~ prb pekerjaan yg sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya; kena kecipak orang ~ prb tidak terlibat (mendapat kesulitan) dlm perkara orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.lut] | بلوت
Definisi : nama sj ikan yg panjang lagi licin kulitnya dan biasanya terdapat dlm lumpur, Fluta alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)