Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bem.ban] | بمبن

Definisi : sj bubu utk menangkap ikan yg diikat pd tongkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bem.ban] | بمبن

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg batangnya dibuat bakul, bidai, dll), Donax arundastrum; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), Cyperus diffusus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bem.ban] | بمبن

Definisi : sj ikan darat, Ompok bimaculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bem.ban] | بمبن

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan spt rotan yg bilahnya dianyam utk dibuat tikar, bakul dsb, Donax spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bem.ban] | بمبن

Definisi : alat penangkap ikan spt lukah yg diikat pd pancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bemban

Puisi
 

Tetakku bemban di muka pintu,
     Dibakar dengan bunga selasih;
Janganlah jangan cakap begitu,
     Belumlah kita bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Rebung tak miang,
     bemban pula miang.

Bermaksud :

Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BEMBAN

BEMBAN (Donax lour daripada famili Marantaceae), sejenis tumbuhan herba.

BUDAYAKonsep
BAKUL

BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya.

BUDAYAKraf Tangan
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas