SOUTH SEA BUBBLE | South Sea Bubble ialah bencana kewangan yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun 1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan memberi rasuah kepada beberapa orang ahli parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi menyebabkan harga saham melambung naik dari 100 paun ke-1000 paun. | UMUM | |
TITANIC | Titanic ialah kapal penumpang British yang terlanggar sebuah aisberg dan karam di Lautan Altantik Utara pada tahun 1912. Bencana tersebut berlaku semasa pelayaran pertama kapal berkenaan dari Southampton , England ke New York City. Titanic terlanggar sebuah aisberg di sebelah sisinya lebih kurang pada pukul 11.40 malam 14 April. | UMUM | |
ALAMAT | Alamat, dianggap sebagai petanda nasib masa hadapan yang baik atau buruk. Alamat baik meramalkan peristiwa yang diimpikan, dan alamat buruk meramalkan bencana. | UMUM | |
PERTUBUHAN KESATUAN AFRIKA | Pertubuhan Kesatuan Afrika (Organization of African Unity (OAU) ialah persatuan negara-negara Afrika. Ia berfungsi menggalakkan perpaduan di kalangan penduduk Afrika dan memperteguhkan hubungan budaya, ekonomi, tentera, saintifik, dan sosial. Ia juga membantu negara-negara anggota yang dilanda bencana alam. OAU dianggotai oleh 52 negara dan sebuah kerajaan dalam buangan (lihat Jadual). | UMUM | |
BANJIR | Banjir, keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan. Banjir sering dikaitkan dengan bencana yang menimbulkan kerosakan, apabila harta benda ditenggelami air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PERTAHANAN AWAM | Pertahanan awam juga dikenali sebagai perlindungan awam , ialah program yang dibiayai oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda jika musuh menyerang sesebuah negara ketika perang. Ia juga menyediakan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan untuk orang ramai yang menderita akibat bencana alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran, dan letupan. Pertubuhan pertahanan awam juga merangka rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti pengeboman dan pencemaran yang teruk atau kemalangan nuklear. | UMUM | |
TABU | Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat yang dilarang oleh undang-undang atau budaya. Perkataan taboo berasal daripada perkataan Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor. Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan atau menyentuh barang larangan akan ditimpa bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum orang yang melanggar larangan ini dan menyisihkannya. | UMUM | |
HUTAN SEKUNDER | Hutan sekunder ialah hutan yang tumbuh setelah hutan primer ditebang atau musnah akibat bencana alam atau gangguan lain. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
BERSEMAH | BERSEMAH, upacara amal yang bertujuan untuk berbaik-baik dengan makhluk ghaib agar tidak mengganggu dan membawa bencana kepada manusia. Di Kelantan, upacara ini dikenal sebagai ‘berjamu’. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BOT PENYELAMAT | Bot penyelamat ialah kapal yang membawa bot penyelamat untuk menempatkan penumpang dan anak kapal ketika bencana. | UMUM | |