Pereputan ialah proses apabila jirim haiwan atau tumbuhan yang telah mati terurai menjadi sebatian ringkas. Hasil uraian yang ringkas ini boleh digunakan sebagai makanan oleh benda hidup seperti tumbuhan. Pereputan adalah proses yang penting dalam alam sekitar. Bahan buangan yang dikeluarkan oleh haiwan, serta haiwan dan tumbuhan yang mati disingkirkan melalui proses ini. Pereputan juga kadangkala dikenali sebagai penguraian atau pembusukan . |