Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender” ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya yang belum matang, yang digunakan untuk memasak stew, untuk memekatkan sup dan memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5 meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas. Ia berasal dari Afrika. Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus . |