SEMANG | SEMANG, suku kaum Orang Asli yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand. Masyarakat Semang juga terdapat di Filipina hingga ke Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, selatan Myanmar, pedalaman Sumatera dan Sulawesi. Istilah Semang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada Orang Negrito yang hidup memburu dan memungut hasil hutan di Semenanjung Malaysia. Di Selatan Thailand, orang Semang juga dikenal sebagai ‘Tonga’ atau ‘Mos’. Manakala di Kelantan, masyarakat ini dikenal sebagai ‘Pangan’. Namun, kedua-dua istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan istilah Negrito. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |