Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1. tidak berbelas kasihan, kejam, zalim: pembunuhan yg ~; 2. pedas, tajam: kata-kata yg~;membengis bangkit bengis, berlaku bengis: “diam...” suara Majid ~;membengisi memperlakukan dgn bengis (kejam): kalau tidak dibengisi masih berlarut-larutan anak-anak itu mengganggu kita; kebengisan perihal bengis, kekejaman, kezaliman: ~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;pembengis 1. orang yg bengis; 2. bersifat bengis: dia menjadi manusia yg agresif dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : marah, gusar;membengis jadi marah, bangkit marah; membengisi memarahi;pembengis pemarah: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1 tidak menaruh perasaan belas kasihan; suka berbuat aniaya: Raja yg ~ tentu saja akan dibenci oleh rakyatnya. 2 keras lagi pedas (ttg perkataan yg diucapkan): Soalan itu dijawabnya dgn ~. membengis menjadi bengis; berlaku bengis: “Diam!” katanya ~. membengisi berlaku bengis terhadap: Guru itu ditegur kerana ~ anak muridnya. kebengisan keadaan atau sifat bengis. pembengis 1 orang yg bengis: Dia terkenal sbg ~. 2 bersifat bengis: Ketuanya digeruni kerana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengis

Puisi
 

Besok hari Rabu,
     Lusa hari Khamis;
Fikiran kita tidak tentu,
     Hati kita bengis.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai harimau beranak muda.

Bermaksud :

Orang perempuan yang terlalu bengis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG ASLI JÍVARO

Orang Asli Jívaro, puak yang terkenal dengan

sifat bengis dan adat mengecutkan kepala. Mereka

tinggal di kawasan pergunungan di timur Ecuador.

Walaupun Jívaro disebut sebagai satu suku kaum,

mereka terbahagi kepada banyak kumpulan kecil

yang sering berperang antara satu sama lain.

UMUM 
ORANG VIKING

Orang Viking merupakan kaum pelaut yang

bangkit untuk menguasai utara Eropah pada zaman

pertengahan. Sejarah cenderung menggambarkan

mereka sebagai pahlawan dan lanun bengis yang

mengganas di Eropah sejak akhir tahun 700-an

hingga kira-kira tahun 1100. Walau bagaimanapun,

pada ketika itu kelasi Viking yang berani juga

menjelajah Lautan Atlantik Utara malah hingga ke

Amerika. Tindakan rompakan di laut dan

penjelajahan mereka ini telah menyebabkan zaman

ini dinamakan Zaman Viking dalam sejarah Eropah.

Sungguhpun demikian, orang Viking juga

merupakan pelukis, pencerita dan juga penyair yang

mempunyai bakat semula jadi.

UMUM 

Kembali ke atas