Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ta.ra] | بنتارا

Definisi : 1. sl pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm mahkamah; 2. Id pegawai tidak bertauliah (tentera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ta.ra] | بنتارا

Definisi : 1 pesuruh raja yg kerjanya melayani dan menyampaikan titah raja atau membawa alat kerajaan. 2 pegawai yg mengawasi dan menguatkuasakan tatatertib di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATUK BENTARA DALAM

DATUK BENTARA DALAM, salah satu gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Selain Johor, gelaran Datuk Bentara Dalam juga terdapat di Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1940-an, jawatan Datuk Bentara Dalam di Terengganu disandang oleh kerabat diraja dan gelarannya Tengku Bentara Dalam. Dalam huraian tentang bidang kuasa dan tugas Datuk Bentara Dalam, rujukan adalah kepada kerajaan Johor.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATUK BENTARA LUAR

DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM

ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM (1891-1964), pemimpin kebangsaan Sarawak dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) (1947-1953).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MOHAMAD SALLEH PERANG, DATO' BENTARA LUAR

MOHAMAD SALLEH PERANG, DATO’ BENTARA LUAR (1841-1915), pentadbir.  Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura.  Dia mendapat pendidikan agama dan Inggeris di Singapura.  Keluarganya berkhidmat sebagai panglima raja kerajaan Johor dan menjadi Temenggung Johor apabila kerajaan Johor dan Riau-Lingga berpecah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MATE

Mate ialah gelaran yang diberi kepada pegawai

marin dagang atau bentara muda tentera laut.

UMUM 
PT GRAMEDIAPT GRAMEDIA, penerbit buku Indonesia. PT Gramedia ditubuhkan pada tahun 1974 dan diubah namanya menjadi PT Gramedia Pustaka Utama pada 24 Jun 1989. PT Gramedia ditubuhkan oleh Yayasan Bentara Rakyat milik P.K. Oyong, Jakob Oetama dan J. Adiboata. Alamatnya ialah Jalan Palmerah Selatan, No. 24-26 Jakarta 10270, Indonesia.SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas