KELAS MENENGAH | Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas menengah pertama kali digunakan secara umum ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang yang berada di antara kaum aristokrat dengan kaum petani. | UMUM | |
NEGERI PAUS | Negeri Paus. Nama yang diberikan kepada daerah yang pada satu ketika dahulu diperintah oleh paus Gereja Roman Katolik. Paus menguasai bidang ekonomi, tentera, dan politik. Kebanyakan daerah berada di bahagian tengah Itali, dengan beberapa tanah yang berada di Perancis untuk beberapa ketika. Kini, Paus hanya mengawal bidang temporal bagi 44 hektar Vatican City, sebuah negeri bebas dalam daerah Rom. | UMUM | |
SAGITARIUS | Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora (separuh manusia dan separuh kuda). Sentora dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang) berdekatan. | UMUM | |
NEGARA-NEGARA KOMANWEL | Negara-negara Komanwel ialah pertubuhan negara bebas dan unit politik lain yang pernah berada di bawah undang-undang dan kerajaan British. Pertubuhan ini termasuklah United Kingdom (UK) sendiri dan 52 negara bebas lain yang pada satu ketika menjadi tanah jajahan United Kingdom. Pertubuhan ini juga termasuk kira-kira 25 unit politik seperti wilayah dan negeri naungan. | UMUM | |
DUBOIS, EUGÉNE | Dubois, Eugéne (1858–1941) ialah ahli anatomi dan ahli antropologi fizikal Belanda. Semasa berada di Jawa pada tahun 1891 dan 1892, dia telah menemui satu fosil tulang yang kemudiannya dinamakannya sebagai Pithecanthropus erectus atau beruk yang berjalan dengan tegak (lihat Manusia Jawa). | UMUM | |
BUNYI | Bunyi berada di sekeliling kita sepanjang masa. Deringan jam loceng atau cicipan burung boleh membangunkan kita pada waktu pagi. | UMUM | |
POLOCROSSE | Polocrosse ialah sejenis sukan luar yang menggunakan kuda. Setiap pasukan mempunyai enam orang pemain, tetapi hanya separuh daripada bilangan itu akan berada di dalam padang pada satu-satu masa. | UMUM | |
TELAGA ARTOIS | Telaga artois ialah telaga yang menyadap air dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk kepada sebarang air telaga yang sangat dalam. Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah. Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung atas akuifer. | UMUM | |
MANNHEIM | Mannheim (pend. 294 984) ialah sebuah bandar yang terletak di selatan Jerman. Kawasan ini berada di pertemuan Sungai Neckar dan Sungai Rhine (lihat Jerman [peta politik]). | UMUM | |
NILAM | Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih. Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren. Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan. Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima. | UMUM | |