PEMERINTAHAN BERAJA | | UMUM | |
KONGO | Kongo ialah negara beraja di Afrika yang wujud dari tahun 1400-an hingga awal tahun 1700-an. | UMUM | |
PERUNTUKAN DIRAJA | Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan negara yang membiayai perbelanjaan pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah. Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun untuk menampung kos yang semakin meningkat. | UMUM | |
DINASTI ANTIGON | Dinasti Antigon ialah nama jurai raja-raja yang memerintah Macedonia, sebuah negara beraja di utara Yunani. Pemerintahan dinasti Antigon bermula pada tahun 294 SM hingga pada tahun 168 SM. | UMUM | |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara – raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik – melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |
QADHAFI, MUAMMAR MUHAMMAD AL- | Qadhafi, Muammar Muhammad al- ( 1361 H.– /1942 M. – ) ialah Presiden Republik Arab Libya. Dia adalah pemimpin Revolusi September 1969 yang menggulingkan pemerintahan beraja di Libya. Al-Qadhafi lahir di daerah Sirt dan daripada keluarga petani dan pengembala. Justeru, dia dibesarkan dalam keadaan yang daif. Dia lulus dari maktab tentera pada tahun 1965 dengan pangkat leftenan. Dia dihantar ke Britain untuk menyambung pelajaran dalam Akademi Tentera Diraja St Hurst. | UMUM | |
RICHELIEU, CARDINAL | Richelieu, Cardinal (1585–1642), salah seorang negarawan Perancis yang sangat berkebolehan. Dia menjadi pemerintah Perancis yang sebenar lebih daripada 18 tahun dan memperkukuhkan pemerintahan beraja Perancis. | UMUM | |
ALFRED YANG AGUNG | Alfred yang Agung (849–899), raja Saxon Barat di England. Baginda menyelamatkan negaranya, Wessex daripada ditakluk oleh orang Denmark, menjadi asas kepada golongan England di bawah kerajaan beraja Saxon Barat dan mengembalikan semula pembelajaran dan kesusasteraan (lihat Anglo-Saxon ). | UMUM | |
TATA | Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam industri dan perdagangan di India. Jeejibhoy Jamshedji Tata (1783–1859) ialah usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras. Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya sebagai penderma kerja amal. | UMUM | |
SUAREZ, FRANCISCO | Suarez, Francisco (1548–1617) ialah ahli teologi Sepanyol yang agung dan pengasas falsafah undang-undang antarabangsa. Dalam karyanya yang masyhur, On Law, dia menentang teori hak ketuhanan raja-raja dan memberi penekanan terhadap keperluan persetujuan rakyat dalam orde politik yang adil. Suarez berpendapat bahawa idea empayar Kristian Zaman Pertengahan tidak mungkin lagi diamalkan dengan kemunculan pemerintahan sendiri kerajaan kebangsaan beraja. Suarez lahir di Granada. Dia menjadi Jesuit pada tahun 1564. | UMUM | |