KEMATIAN | Kematian bermakna berakhirnya kehidupan. Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan kematian mereka. Kebanyakan manusia takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu daripada dorongan utama yang membentuk tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah, manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk memahami makna sebenar kematian. Sesetengah para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan manusia ini ialah hasil daripada kemampuan manusia mengatasi kematian dan memperoleh keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan. | UMUM | |
PERINTAH BERKURUNG | Perintah berkurung ialah satu tempoh dari siang hari yang membawa ke petang dan berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud padamkan apa yang sedang menyala . Pada permulaan waktu perintah berkurung, loceng dibunyikan memberitahu penduduk supaya memadamkan lampu, menutupi api dan tidak berada di jalan raya sehingga hari siang. | UMUM | |
YEVTUSHENKO, YEVGENY | Yevtushenko, Yevgeny (1933 – ), penyair Rusia. Kebanyakan hasil karyanya ditujukan kepada penduduk Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945. Yevtushenko menguasai sepenuhnya kaedah persembahannya dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. | UMUM | |
MENOPAUS | Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan wanita mengalami tempoh haid yang terakhir antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh melahirkan anak semula jadi pada wanita. Menopaus sering dikenali sebagai perubahan hidup. | UMUM | |
DE GAULLE, CHARLES ANDRÉ JOSEPH MARIÉ | De Gaulle, Charles André Joseph Marié (1890–1970) ialah patriot, tentera, dan negarawan Perancis yang terkemuka pada tahun 1900-an. Dia memimpin pasukan penentang Perancis untuk menentang Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945), dan mengembalikan semula susunan pentadbiran Perancis selepas berakhirnya perang. | UMUM | |
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN | Mu’awiyah bin Abi Sufyan ( - 60 H), khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kematian Sayidina Ali bin Abi Talib pada tahun 41 H. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
PASANG SURUT | Pasang surut ialah turun naik paras air di kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan berenang semasa air sedang pasang dan mencari kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang surut air juga menandakan waktu bermula atau berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau masuk pelabuhan. | UMUM | |