UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS | UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS, penerbit dan pengedar buku. Ia ditubuhkan pada 29 Mei 1976 dan merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Syarikat ini beralamat di No. 18, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
SUARA RAKYAT | SUARA RAKYAT, akhbar mingguan. Akhbar ini mula diterbitkan pada 20 September 1975. Akhbar ini diterbitkan oleh percetakan Surat Sdn. Bhd. Yang beralamat di 60-12, Wisma Hock Aun, Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur. Akhbar ini diterbitkan setiap hari Sabtu dan harga senaskhah ialah 30 sen. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
ZENITH, | ZENITH, majalah bulanan di Indonesia. Zenith mula diterbitkan pada tahun 1951 oleh Yayasan Dharma, dan dicetak oleh percetakan N.V. Dharma yang beralamat Jalan Gongangdia Lama, No. 4, Jakarta. Sidang redaktur majalah Zenith ialah H.B. Jassin, J.A. Dungga, Sumantri Mertodipuro, Susanto Ruslanputro, Sr. Nuraini dan Asrul Sani. Ketua Yayasan Dharma ialah Ir. Pangeran Moh. Noor, dengan anggotanya terdiri daripada Prof. Dr. Supomo, Sukardjo Wirjopranoto, Jusuf Wibisono dan Suwandi. Akte Notaris Yayasan Dharma menyebut bahawa tujuan menerbitkan Zenith adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat dan negara Indonesia dalam lapangan kebudayaan di samping pembangunan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Keluaran pertama Zenith ialah 4000 naskhah. Keluaran ini meningkat menjadi 5500 naskhah pada cetakan berikutnya. | SASTERA | Konsep |
GELIGA LIMITED | GELIGA LIMITED, syarikat penerbitan buku dan majalah berbahasa Melayu. Syarikat ini ditubuhkan di Singapura pada awal tahun 1954 oleh Syed Omar Abdul Rahman Alsagoff dengan menggunakan alamat rumahnya No. 16, Nassim Road. Pada mulanya syarikat ini didaftarkan sebagai Geliga Publications Bureau beralamat di No. 430, Orchard Road. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PELITA MALAYA | PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |