PELITA MALAYA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |