KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG | Siegbahn, Karl Manne Georg (1886–1978) ialah ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini, dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x. | UMUM | |
THOMSON, JAMES | Thomson, James (1700–1748) ialah penyair Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun 1725, Thomson mengembara dari Scotland ke London. Di London, dia menerbitkan maha karya, The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746). Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini membawa kepada gerakan romantik pada akhir tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan berdasarkan karya Edmund Spenser. | UMUM | |
TAWARAN BARU | Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an. Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan. Namun rancangan ini melegakan kegawatan ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi, manakala negara lain yang turut mengalami kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator. Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat Amerika Syarikat,” katanya. | UMUM | |
SCHUSTER, SIR ARTHUR | Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. | UMUM | |
NABI ILIAS A.S. | Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s. kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan kesesatan yang meluas di kalangan mereka. Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan menyembah berhala dan beralih kepada menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka tidak menerimanya. | UMUM | |