Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.lun]/[ber.a.lun] | برالون

Definisi : , beralun-alun 1. berombak me­man­jang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut men­­jadi­kan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.lun]/[ber.a.lun] | برالون

Definisi : 1 terdapat atau ada alunnya. 2 berbentuk spt ombak (bkn rambut): Syampu itu boleh menjadikan rambut berseri dan ~. 3 berirama tinggi rendah dan lembut (bkn suara, lagu dsb): suara yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralun

Puisi
 

Burung Perling muka merah,
     Murah beralun pintu;
Emak jeling katakan marah,
     Perangainya memang begitu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OTTAWA

Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa

terletak di kawasan berbukit yang beralun di

tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193

kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik,

bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan

raya yang mempunyai pemandangan yang cantik

menambahkan lagi keindahan bandar ini.

UMUM 
SYRIA

Syria ialah negara Arab di hujung timur Laut

Mediterranean. Negara ini mempunyai dataran yang

beralun, lembah sungai yang subur dan gurun yang

gersang. Damsyik ialah ibu negara Syria dan bandar

raya terbesar.

UMUM 
REPUBLIK AFRIKA TENGAH

Republik Afrika Tengah ialah negara yang

jarang penduduknya di tengah Afrika. Sebahagian

besar Republik Afrika Tengah adalah dataran

tinggi yang luas dan beralun dan diselang-seli

oleh lembah sungai yang dalam. Rumput dan

pokok yang tumbuh berselerak menutupi

sebahagian besar negara ini. Hutan hujan yang

tebal terdapat di barat daya, dan bahagian timur

laut yang paling jauh adalah kering-kontang.

Antelop, kerbau, gajah, gorila, singa, badak

sumbu, dan haiwan liar lain hidup di Republik

Afrika Tengah.

UMUM 
SILLS, BEVERLY

Sills, Beverly (1929– ), penyanyi wanita Amerika

dan salah seorang soprano opera yang terkemuka

pada pertengahan tahun 1900-an. Dia terkenal kerana

suaranya lantang, bertenaga dan beralun-alun.

UMUM 
MALI

Mali ialah negara yang besar di bahagian barat

Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi

separuh negara ini di bahagian utara. Padang

rumput yang beralun meliputi kebanyakan

bahagian lain Mali.

UMUM 
OMBAK

Ombak, bentuk permukaan air laut yang beralun-alun. Umumnya ombak terbentuk akibat daripada tiupan angin.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PARAGUAY

Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan

yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah

Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah

negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai

Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke

selatan dan membahagikan negara tersebut

kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di

sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah

kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan

terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun,

dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya

mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang

subur dan hutan tebal.

UMUM 

Kembali ke atas