PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI JALLIANWALA BAGH | | UMUM | |
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI HARI SAINT BARTHOLOMEW’S | | UMUM | |
MFECANE | Mfecane, juga dikenali sebagai Difagane, ialah satu tempoh pergolakan yang menyebabkan penghijrahan beramai-ramai di kalangan ketua suku kaum Afrika di selatan Afrika antara tahun 1819 hingga tahun 1838. Beberapa siri serbuan dan serangan yang dilakukan atas pelbagai alasan oleh kumpulan yang berlainan semasa peristiwa Mfecane telah menyebabkan kemusnahan yang teruk terhadap nyawa dan harta benda. Peristiwa ini juga menyebabkan berlakunya penyebaran semula penduduk secara besar-besaran di samping perubahan terhadap struktur sosial. | UMUM | |
ATTUCKS, CRISPUS | Attucks, Crispus (1723?–1770) ialah ketua sebuah perkumpulan yang ditembak oleh askar Inggeris dalam peristiwa “Boston Massacre” (Pembunuhan Beramai-ramai Boston) semasa Revolusi Amerika. | UMUM | |
MEIR, GOLDA | Meir, Golda (1898–1978), Perdana Menteri Israel dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Selama karier politiknya itu, dia menyokong perpindahan penduduk secara beramai-ramai ke Israel dan program pembinaan perumahan yang utama serta program lain. Masalah utamanya sebagai perdana menteri ialah perselisihan wilayah antara Israel dengan beberapa buah negara Arab. Golda Meir menjalankan dasar yang tegas tetapi polisi terbuka terhadap negara-negara Arab. | UMUM | |
DIKIR BARAT | DIKIR BARAT, persembahan nyanyian beramai-ramai yang popular di Kelantan. Dikir ini berasal dari Thailand yang dikenal dengan nama dikir karut. Orang yang memperkenalkan dikir barat di Kelantan ialah Mat Salleh bin Ahmad yang dikenal dengan panggilan Pak Leh Tapang. Dikir barat bukan sahaja untuk hiburan, bahkan mengubat orang sakit bagi memulihkan semangat. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DANTON, GEORGES JACQUES | Danton, Georges Jacques (1759–1794) ialah pemimpin Revolusi Perancis yang terkenal. Dasar Danton ialah, “berani, lebih berani, selamanya berani, dan Perancis akan terselamat!” Mungkin dia juga yang bertindak lebih bagi melahirkan dan mempertahankan Republik Perancis berbanding dengan orang lain. Walau bagaimanapun, Danton bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai, yang dikenali sebagai zaman Reign of Terror, kerana dia menganggapnya perlu demi untuk menyelamatkan negaranya. | UMUM | |
RASA SAYANG | RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama “Rasa Sayang Eh” tetapi nama asalnya ialah “Rasa Sayang”. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut. | BUDAYA | Karya |
NASYID | NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
GELANG SI PAKU GELANG | GELANG SIPAKU GELANG, lagu rakyat yang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Gelang yang digunakan dalam konteks lagu ini bermaksud sejenis tumbuhan paku. Lagu ini biasanya dinyanyikan beramai-ramai sebagai lagu perpisahan setelah selesai sesuatu majlis atau perhimpunan. Muzik iringannya mengikut rentak inang. | BUDAYA | Konsep |