SELOKA | SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap. Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PUISI TRADISIONAL | PUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya. | SASTERA | Konsep |
PERIBAHASA BERIRAMA | PERIBAHASA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Peribahasa berirama atau peribahasa berangkap adalah peribahasa yang meliputi kiasan, pepatah, bidalan, perbilangan atau perumpamaan yang berbentuk puisi atau mengandungi cirri-ciri puisi, seperti kesejajaran, perulangan, rima atau sekurang-kurangnya irama. | SASTERA | Konsep |
ODA | Oda ialah syair yang sederhana panjangnya yang biasanya melahirkan puji-pujian yang amat tinggi. Dramatis Yunani menghasilkan nyanyian oda yang mempunyai tiga bahagian. Dua bahagian, iaitu strophe dan antistrope , mempunyai pola irama yang sama panjang. Bahagian ketiga, dinamakan epode , mempunyai pola iramanya yang berbeza. Pindar, dari Yunani purba mencipta oda yang memuji wira olahraga. Dia menggunakan bentuk strophe , yang kemudiannya dikenali sebagai Pindarik (lihat Pindar ). Horace, dari Rom purba, menulis oda yang terdiri daripada stanza yang sama, yang dinamakan bentuk berangkap. | UMUM | |