| SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN | SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? – 1933), Raja Patani (1898 – 1902). Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898. Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal. Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam. Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| TUN FATIMAH | TUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka. Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”. Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir. Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik. Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN BADLISHAH | Kapsyen : Sultan Badlishah SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |