DANTON, GEORGES JACQUES | Danton, Georges Jacques (1759–1794) ialah pemimpin Revolusi Perancis yang terkenal. Dasar Danton ialah, “berani, lebih berani, selamanya berani, dan Perancis akan terselamat!” Mungkin dia juga yang bertindak lebih bagi melahirkan dan mempertahankan Republik Perancis berbanding dengan orang lain. Walau bagaimanapun, Danton bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai, yang dikenali sebagai zaman Reign of Terror, kerana dia menganggapnya perlu demi untuk menyelamatkan negaranya. | UMUM | |
SARKAS | Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih memainkan peranan penting dalam kebanyakan sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan sementara kumpulan pancaragam dan penghibur dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi warna-warni dan keseronokan. | UMUM | |
KAMIKAZE | Kamikaze ialah juruterbang Jepun yang membawa misi berani mati semasa Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
MUSLIM IBN ‘AQIL | Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn ‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn menerima banyak surat yang menyerunya agar datang ke Kufah untuk dibai’ah. | UMUM | |
DECATUR, STEPHEN | Decatur, Stephen (1779–1820) ialah pegawai yang amat berani dalam Tentera Laut Amerika Syarikat semasa pembentukan awalnya. Dia diingati kerana minum ucap selamatnya: Negara kita: Dalam hubungannya dengan negara luar semoga negara kita sentiasa benar; akan tetapi negara kita juga, benar atau salah.” | UMUM | |
SAARINEN, EERO | Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri. Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956) di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga tempat topangan. Sementara Terminal Sistem Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York menggunakan konkrit bertetulang berbentuk sayap. | UMUM | |
ALBERT I | Albert I (1875–1934), raja Belgium dari tahun 1909 hingga 1934, ialah pemimpin tentera yang berani dalam Perang Dunia I (1914–1918). Sebagai panglima besar tentera Belgium, baginda membantu menyekat kemaraan tentera Jerman pada bulan September 1914. Albert kekal mengetuai tentera sehingga tamat perang. Selepas perang, Albert membantu pembinaan semula negara. Selepas beberapa tahun, Belgium berjaya pulih daripada kesan perang. | UMUM | |
SOCRATES | Socrates (469? S.M.–399 S.M.) ialah ahli falsafah dan pendeta Yunani. Kehidupannya yang mulia dan kematiannya yang berani, bersama dengan ajarannya, menjadikannya antara tokoh yang paling dihormati dalam sejarah. | UMUM | |
AJAX THE GREATER | Ajax the Greater, Putera Raja Telamon dalam mitologi Yunani ialah salah seorang wira Yunani yang paling berani yang turut berjuang dalam Perang Trojan. Namanya dalam bahasa Latin ialah Ajax, sementara dalam bahasa Yunani Aias . Dia dikenali sebagai Ajax the Greater bagi membezakannya dengan Ajax the Lesser, iaitu seorang lagi pahlawan Yunani dalam Perang Trojan. | UMUM | |
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998 | Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan negara-negara maju dunia. Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29 Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau dikenali sebagai ‘Rahim King’. | UMUM | |