Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ra/] | برارق

Definisi : , berarak-arakan 1. ber­jalan beramai-ramai dan beriring-iring: sete­lah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ra/] | برارق

Definisi : 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berarak

Puisi
 

Orang berarak di pintu kota,
     Hendak menyembah Raja Melaka;
Adik bercinta abang bercinta,
     Sampai ke manakah cinta kita?


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Berarak ke tebing.

Bermaksud :

Selalu merasa khuatir. berarak = berjalan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTERI KAWAT

Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette,

bertanding dalam pasukan antara satu sama lain

secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang

rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak

dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu

tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini

bertanding pada peringkat kebangsaan dan

peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas

untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori

bawah 12 tahun.

UMUM 

Kembali ke atas