SENI MEMPERTAHANKAN DIRI | Seni mempertahankan diri ialah istilah umum bagi pelbagai jenis seni tempur yang berasal dari Timur. Kebanyakan seni mempertahankan diri yang diamalkan pada masa ini berasal dari China, Jepun, dan Korea. Terdapat beratus-ratus jenis seni mempertahankan diri, masing-masing mempunyai gaya dan sistem yang tertentu. | UMUM | |
YAHUDI | Yahudi ialah agama Nabi Musa a.s. yang dianuti oleh bangsa Israel, berasal daripada keturunan Ibrani. Bangsa Yahudi di seluruh dunia yang dikaitkan dengan agama ini berjumlah lebih kurang 18 juta orang yang berasal daripada keturunan suku yang berlainan. | UMUM | |
RAMI | Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan. Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan berbulu di bahagian bawah. Penanam akan menanam akarnya, yang membesar menjadi tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan. Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter tingginya. | UMUM | |
ZAKAT | Zakat berasal daripada perkataan Arab al-Zakah. Al-Zakah dari segi bahasa bererti subur dan bertambah. | UMUM | |
PETAI | Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar, tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih, tersusun padat pada jambak yang bertangkai panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira 6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung pada pangkal jambaknya. | UMUM | |
SYAHID | Ialah kata nama yang berasal daripada kata dasar bahasa Arab shahida yang bermaksud menyaksi, melihat, dan mengiktiraf. | AGAMA | Konsep |
SAPODILLA | Sapodilla ialah buah tropika yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Ia juga ditanam secara komersial di beberapa bahagian di Asia dan Amerika Utara. | UMUM | |
MESTIZO | Mestizo ialah perkataan Sepanyol yang berasal daripada perkataan Latin mixtus yang bererti bercampur. Perkataan ini merujuk kepada seseorang yang berketurunan campur. Seorang mestizo mungkin mempunyai keturunan campuran orang kulit putih dengan orang kulit hitam atau keturunan orang Melayu. Perkataan ini lebih kerap digunakan kepada keturunan campuran orang kulit putih dengan kaum Asli Amerika, terutamanya di Amerika Latin. Lihat juga Amerika Latin (penduduk; gambar). | UMUM | |
ASPIDISTRA | Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan. Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior . | UMUM | |
AKITA | Akita ialah sejenis anjing yang berasal dari utara Jepun. Pada suatu ketika dahulu, anjing Akita digunakan untuk memburu beruang dan binatang besar yang lain. Kadangkala anjing Akita ini disebut anjing diraja Jepun kerana maharaja memelihara anjing ini sebagai anjing kesayangan dan mainan. Kini orang Jepun menggunakan Akita sebagai anjing pengawal dan anjing polis. | UMUM | |