SEKOLAH TUN FATIMAH | SEKOLAH TUN FATIMAH, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah Tun Fatimah (STF) sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang ditempatkan di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) selepas mereka menduduki peperiksaan Lower Certifacate of Education (LCE). Pengambilan masuk pelajar ke sekolah ini adalah dari seluruh Tanah Melayu khususnya dari kawasan luar bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN | SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah ini terletak di jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sekolah ini sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Melayu Ipoh dan ditubuhkan pada bulan Januari 1957. Sekolah ini telah ditempatkan untuk sementara waktu di Baeza Avenue Off Jalan Ashby, Ipoh. Bilangan pelajar pengambilan pertama ialah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki. Sebanyak lima buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajarnya seramai 15 orang. Pada tahun yang sama, kelas peralihan dibuka untuk seramai 160 orang pelajar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK | SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, sekolah menegah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Melayu. Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada Dasar Pelajaran kebangsaan (Laporan Razak), iaitu satu jawatankuasa yang mengkaji dasar pelajaran kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH ALAM SHAH | SEKOLAH ALAM SHAH, sekolah menengah berasrama penuh pertama yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah menengah. Sekolah Alam Shah terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan sekolah ini adalah hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Razak pada tahun 1956. Sekolah ini menjadi jambatan yang menyediakan peluang kepada pelajar aliran Melayu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH | Kolej Islam Klang (KIK) merupakan sebuah sekolah agama berasrama penuh. Kolej Islam Klang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 1955 dan telah melalui proses penukaran nama sebanyak 3 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |