AYAM MALLEE | Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan daun dan rumput sebelum menutupnya dengan pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas, anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak dipelihara oleh induknya. Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata . | UMUM | |
MUSKELLUNGE | Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter dan beratnya lebih kurang 45 kilogram. Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25 tahun. | UMUM | |
TAMMAR | Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia berbulu perang dan leher, dada dan perutnya berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai, dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan dan semak samun di desa. | UMUM | |
DIPROTODON | Diprotodon ialah marsupial terbesar yang pernah hidup. Beratnya kira-kira dua metrik tan, iaitu lebih kurang saiz badak sumbu. Diprotodon ialah pemakan tumbuhan, yang tinggal di Australia dan New Guinea. | UMUM | |
KARBIN | Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan. Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4 kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang biasa. | UMUM | |
OSMIUM | Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli kimia British, menemui osmium pada tahun 1804. | UMUM | |
MINK | Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5 kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65 sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama diperlukan oleh industri bulu, yang menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole, dan pakaian lain. | UMUM | |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |
AFFENPINSCHER | Affenpinscher ialah anjing peliharaan berbulu berjumbai-jumbai berwarna hitam. Beratnya kira-kira 3.6 kilogram dan tingginya 25 sentimeter. Bulu keningnya lebat dan panjang sehingga hampir menutupi matanya. Bulunya tumbuh menutupi seluruh badan, dan anjing ini mempunyai misai. | UMUM | |
AYAM KATIK | Ayam katik ialah sebarang jenis ayam miniatur. Kebanyakan ayam katik beratnya kurang daripada 0.7 kilogram, tetapi berat ayam jantan beberapa jenis ayam katik kadangkala sehingga satu kilogram. Sesetengah jenis ayam katik mempunyai ciri-ciri tersendiri, tetapi yang lain menyerupai ayam biasa yang lebih besar. | UMUM | |