San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827 M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar, Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al- Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua- duanya telah dicetak. |