BERAYUN | BERAYUN, upacara pengubatan yang terakhir dalam masyarakat Melanau untuk memulihkan pesakit iaitu setelah semua upacara pengubatan dilakukan. Berayun juga disebut sebagai ‘aiyun’ atau ‘payun’. Berayun juga merupakan satu pesta atau suasana manusia bertemu atau berhubung dengan makhluk halus. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
PENDULUM | Peranti yang terdiri daripada satu objek terampai dari satu titik tetap yang berayun ke belakang dan ke hadapan pada kadar biasa di bawah pengaruh graviti. | FIZIK | Alat/Alatan |
MONYET LABAH-LABAH | Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju dari pokok ke pokok. | UMUM | |
ASPEN | Aspen ialah nama tiga spesies pokok poplar saiz sederhana yang terdapat di Hemisfera Utara. Aspen mempunyai kulit yang licin, berwarna cerah dan mempunyai daun yang mungkin berbentuk tiga segi, berbentuk hati atau bulat. Daunnya mempunyai tangkai yang panjang, leper dan bergetar-getar atau berayun-ayun apabila ditiup bayu lembut. Pada musim gugur, daun aspen berubah menjadi kuning garang. | UMUM | |
SENI ARCA | Seni arca adalah satu daripada seni yang paling kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada asalnya bermakna memotong dan melibatkan teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan daripada patung batu yang menghiasi katedral hingga kepada gegantung (mobile) logam yang berayun gemalai apabila ditiup angin. | UMUM | |
TANDUK RUSA | TANDUK RUSA (platiserium koronarium), sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan. Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak. Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar. Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan. Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa. Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah. Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang. | BUDAYA | Flora dan Fauna |