Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.has] | بربحث

Definisi : berbincang dgn seseorang atau pihak yg lain mengenai sesuatu perkara dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat: mereka ~ mengenai kesalahan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.has] | بربحث

Definisi : bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZANNIY, AL-

Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.),

pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya

ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al-

Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam

al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar

darinya dan merupakan salah seorang murid Imam

al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al-

Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan

berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan

syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”.

UMUM 
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-WAHHAB

Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab (1115 H.–

1206 H./1703 M.–1792 M.), syeikh pendakwah

Islam dan tokoh tajdid zaman moden. Dia lahir di

kampung al-‘Uyaynah di Najd, Arab Saudi dan

belajar al-Qur’an dan hadith daripada bapanya.

Kemudian Muhammad mengembara mencari

ilmu hingga sampai ke Iraq, Madinah dan

Makkah. Dia mendalami ilmu syariah dan

menemui para fuqaha’, berbincang dan berbahas

sesama mereka.

UMUM 

Kembali ke atas