ANTIDOT | Antidot ialah bahan yang melawan tindakan berbahaya racun di dalam tubuh. Sesetengah antidot bertindak secara kimia terhadap racun untuk menjadikannya tidak berbahaya. Antidot-antidot lain menghasilkan tindakan yang melawan tindakan racun. Tetapi antidot-antidot lain boleh mencegah sel badan tertentu daripada bertindak balas terhadap kesan racun. Antitoksin adalah sejenis antidot khas (lihat Antitoksin ). | UMUM | |
MAELSTROM | Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk pusaran yang sangat besar dan boleh memusnahkan kapal-kapal kecil. | UMUM | |
KEJUTAN | Kejutan ialah keadaan berbahaya yang boleh terjadi jika darah gagal beredar dengan betul di dalam tubuh. Keadaan ini kadangkala dikenali sebagai kejutan edaran. Kejutan juga boleh terjadi kerana sebarang penyakit atau kecederaan yang serius. Ia boleh juga disebabkan oleh tekanan emosi. Kejutan yang melampau boleh menjejaskan fungsi utama tubuh dan boleh membawa maut. | UMUM | |
MALARIA | Malaria ialah penyakit parasit yang berbahaya yang biasa berlaku di kawasan tropika dan subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh protozoa (organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai Plasmodium dan disebarkan oleh gigitan nyamuk betina Anopheles (nyamuk tiruk). Mangsa malaria mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap tahun.
| UMUM | |
ASID HIDROKLORIK | Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya yang mempunyai banyak kegunaan industri yang penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna dengan bau yang merengaskan. Asid ini membentuk wasap apabila didedahkan pada udara, bersifat sangat menghakis dan boleh menyebabkan luka melecur yang teruk. | UMUM | |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |
ASID HIDROFLUORIK | Asid hidrofluorik ialah bahan kimia bukan organan yang sangat berbahaya. Asid ini dihasilkan dengan cara melarutkan gas hidrofluorik di dalam air. Formula kimia asid hidrofluorik ialah HF. | UMUM | |
DUGITE | Dugite ialah ular berbisa yang besar berasal dari barat daya Australia. Ia ialah ular berbahaya yang paling biasa terdapat di sekitar Perth. | UMUM | |
SMUT | Smut ialah nama sekumpulan kulat berkaitan yang hidup sebagai parasit pada tumbuhan tertentu dan menyebabkan penyakit padanya. Smut mendapat namanya kerana ia mengeluarkan spora hitam yang kelihatan seperti zarah jelaga. Smut berbahaya pada tumbuhan yang ditanam dan tumbuhan liar. Ia terutamanya berbahaya kepada tanaman pertanian seperti gandum, oat, barli, jagung, dan padi. Smut biasanya memusnahkan biji atau ke seluruhan jambak bunga. Akibatnya, tumbuhan tidak berguna sama sekali sebagai tanaman atau tidak boleh mengeluarkan biji. | UMUM | |
SUKAN KERETA LUNCUR | Sukan kereta luncur juga dikenali kereta gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua atau empat orang meluncur di lereng yang curam dengan menggunakan kereta luncur salji yang diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150 kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa keseluruhan yang paling cepat selepas menghabiskan empat pusingan memenangi acara ini. | UMUM | |