Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaik, berbaik-baik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEUKU UMAR

Teuku Umar (1859–1899) ialah pahlawan Aceh,

Indonesia . Dia pernah berbaik-baik dengan

Belanda, namun dia mendapat kepercayaan

kembali daripada rakyatnya untuk memimpin

perjuangan melawan Belanda.

Teuku Umar memegang jawatan Ketua Kampung

Darat ketika berusia 17 tahun. Dia

bertanggungjawab penuh atas segala urusan

pentadbiran kampung. Pada tahun 1878, Teuku

Umar berkahwin dengan Cut Nyak Dien, seorang

pahlawan Wanita Aceh yang kemudian menjadi

Pahlawan Nasional Indonesia. Mereka bersama-sama

menjadi panglima perang Aceh yang

menentang penjajah Belanda.

UMUM 
BERSEMAH

BERSEMAH,   upacara amal yang bertujuan untuk berbaik-baik dengan makhluk ghaib agar tidak mengganggu dan membawa bencana kepada manusia.  Di Kelantan, upacara ini dikenal sebagai ‘berjamu’.

BUDAYAPerayaan/Upacara
UTIMUTIRAJA

UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh.  Dia juga dikenal sebagai Timuturaja.  Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.  Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.  Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu.  Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas