Abelard, Peter (1079–1142) ialah tokoh falsafah dan ahli teologi pada Zaman Pertengahan. Tetapi dia lebih terkenal kerana hubungan cintanya dengan seorang wanita muda bangsa Perancis yang berbakat, bernama Heloise. Abelard lahir berhampiran dengan Nantes, Perancis. Bapanya, seorang bangsawan, merancang kerjaya dalam tentera untuknya, namun Abelard memilih untuk menjadi seorang ilmuan. Dari tahun 1113 hingga tahun 1118, dia mengajar ilmu teologi di Paris. Di sini dia mengasaskan dua sekolah, yang seterusnya berkembang menjadi University of Paris. |